TEKNIK PENGAUDITAN

    Teknik Pengauditan yang diamalkan pada masa kini adalah terdiri dari berikut:-

  1. Pengauditan Berasaskan Sistem

    Pengauditan Berasaskan Sistem dibuat untuk mencapai objektif pengauditan melalui pemeriksaan, ujian dan penilaian Prosedur Perakaunan Kewangan agensi yang diaudit supaya juruaudit boleh menilai sejauh mana ia bergantung dengan selamatnya pada ketepatan angka atau transaksi yang dihasilkan melalui sistem tersebut. Penggunaan pendekatan ini meliputi peringkat-peringkat berikut:-

    (a) Memastikan dan merekod Sistem Kawalan Perakaunan dan membuktikan melalui penggunaan sampel ujian kecil bahawa sistem ini memang wujud dan beroperasi seperti yang telah diamalkan (Walk Through Test).

    (b) Menilai kecekapan kawalan dalaman dengan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang nyata dalam Sistem Perakaunan yang diamalkan.

  2. Penggunaan pendekatan ini dijalankan melalui ujian-ujian seperti berikut:-

    (a) Ujian 'Walk Through Test'

    Ujian ini dijalankan adalah bertujuan untuk memastikan setiap prosedur yang telah ditetapkan mengenai setiap Sistem Perakaunan yang diwujudkan adalah dipatuhi.

    (b) Ujian Pematuhan.

    Ujian ini dijalankan untuk menentukan sama ada Sistem Perakaunan yang diamalkan dan Sistem Kawalan dalaman yang wujud adalah mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.

    (c) Ujian Substantif

    Ujian Subtantif dilakukan berdasarkan tahap kawalan dalaman yang wujud setelah Ujian Pematuhan selesai dijalankan. Sekiranya tahap kawalan dalaman adalah lemah, maka Ujian Substantif hendaklah dilakukan.

  3. Auditan Berorientasi Risiko
    - Adalah bertujuan untuk menilai sama ada urusan aktiviti yang diaudit adalah mantap dari segi ekonomi kecekapan dan keberkesanan.

  4. CAATTs (Computer Assisted Audit Techniques And Tools)

    -CAATTs adalah perisian komputer yang digunakan untuk membantu dalam pengauditan.

    -Salah satu CAATTs yang digunakan di Jabatan Audit Negara ialah ACL (Audit Command Language)

     NEXT PAGE