TEL: (089) 675570 / 675530
/ 675534 / 675073 / 675480
FAX: (089) 673202 (HC) /
673661 (LC)
E-MAIL: hakimskn@tm.net.my
URL: www.p.sabah.gov.my/khkmn.sdk
| 1. MAHKAMAH |
1.1 Mahkamah Sandakan adalah terdiri daripada Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Mahkamah Rendah Sandakan merangkumi 1 Mahkamah Sesyen dan 2 buah Mahkamah Majistret
1.2 Sebelum September 1992 kesemua hal Mahkamah Tinggi adalah dikendalikan melalui persidangan litar oleh Hakim Mahkamah Tinggi dari Kota Kinabalu atau Tawau. Walau bagaimanapun pada September 1992 mendiang Y.A. Datuk John Chong Yik Liong telah dilantik sebagai Hakim Tetap Mahkamah Tinggi Sandakan yang pertama sehingga beliau meninggal dunia pada 04hb April 1996. Pada 15hb Jun 1996, Y.A DatukRichard Malanjum menjadi Hakim Tetap Mahkamah Tinggi Sandakan yang kedua dan pada 02hb Mei 2003, Y.A.Tuan Linton Albert telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman bagi Mahkamah Tinggi Sandakan.
1.3 Bangunan Mahkamah Baru ini telah mula di bina pada tahun 2001 dengan menelan kos lebih kurang RM 12 juta. Ia telah siap dan diserahkan kepada pengguna akhir (Mahkamah Sandakan) pada 17hb April 2003 dan segala operasi di bangunan baru ini telah bermula pada 30 Jun 2003.
1.4
KAKITANGAN
Buat masa ini, kakitangan-kakitangan
adalah seperti berikut :-
|
|
|
|
Seorang Hakim Mahkamah Sesyen
| 2. STATISTIK KES |
2.1
Statistik bagi kes Jenayah dan Sivil setakat 30hb Mei, 2003 adalah seperti
berikut:-
Mahkamah Tinggi-Lampiran "A"
| 3. SISTEM KERJA DI MAHKAMAH SANDAKAN |
3.1
PENETAPAN DAN PENYELESAIAN KES
Yang Arif telah mengarahkan bahawa penetapan kes-kes bagi firma-firma guaman yang hanya mempunyai seorang atau dua orang peguam hendaklah sederhana manakala bagi Mahkamah Rendah penetapan tarikh perbicaraan bagi kes-kes jenayah, kes-kes yang melibatkan kakitangan kerajaan dan OKT dalam reman akan diberi keutamaan. Untuk mengelakkan kes-kes terlupa dan tercicir, semua kes jenayah atau sivil diberi tarikh sebutan.Notis sebutan akan dikeluarkan kepada semua pihak-pihak yang terlibat.
Pada
dasarnya semua kes-kes sebutan atau perbicaraan jenayah dan sivil di Mahkamah
Sandakan telah diberikan tarikh dan ia dapat dilihat di “Master
List”
3.2
PERUNTUKKAN MASA
Yang
Arif telah mengarahkan agar tempoh masa yang sesuai diberikan kepada peguam-peguam
untuk hadir bagi kes-kes mereka.Yang Arif juga telah mengarahkan agar semua
kes untuk sebutan dipanggil dahulu dan kes-kes yang melibatkan hujah-hujah
dan perbicaraan diperuntukkan masa yang sesuai.Dengan adanya peruntukkan
masa ini, peguam-peguam tidak perlu menunggu terlalu lama di Mahkamah sehingga
kes-kes mereka dipanggil, dengan itu mereka hanya perlu hadir mengikut
masa yang telah diperuntukkan.Ini juga bertujuan untuk mengelakkan atau
meminimakan kejadian di mana pendakwaraya atau peguam mempunyai kes di
dua mahkamah yang berlainan pada satu masa yang sama.
Kes-kes
yang mana saman atau notis yang belum disampaikan (unserved) tidak perlu
dipanggil pada tarikh sebutan yang pertama. Sebaliknya satu tarikh baru
akan diberikan.Oleh itu, sekiranya affidavit penyampaian tidak difailkan
di mahkamah maka adalah dianggap bahawa notis ataupun saman itu belum disampaikan.Walau
bagaimanapun, jika kes itu ditetapkan untuk sebutan buat kali ketiga, peguam
hendaklah hadir dan menjelaskan mengapa ia tidak boleh diserahkan (jika
perlu boleh memfailkan permohonan penyampaian ganti).Walau bagaimanapun,
bagi kes-kes sebutan jenayah atau lain-lain kes untuk sebutan (plea) ia
boleh dibawa untuk sebutan di ketiga-tiga mahkamah pada bila-bila masa.
3.3
PERINTAH / PENGHAKIMAN / DOKUMEN
Sudah
menjadi kebiasaan bahawa sebelum sebarang perintah dikeluarkan, satu salinan
deraf yang diluluskan oleh Plaintif atau Defendan diserahkan kepada Penolong
Kanan Pendaftar untuk kelulusan beliau yang terakhir.Hanya selepas kelulusan
beliau dengan apa-apa pindaan (sekiranya ada) salinan bersih tersebut akan
diterima oleh Mahkamah untuk tandatangan dan meterai.
Sekarang,
peguam-peguam hendaklah memfailkan salinan bersih penghakiman/perintah
tersebut bersama dengan salinan deraf yang telah dipersetujui oleh kedua-dua
pihak.Peguam-peguam tidak perlu mengemukakan salinan deraf kepada Penolong
Kanan Pendaftar terlebih dahulu untuk pemeriksaan beliau sebelum memfailkan
salinan-salinan bersih.
Alasan
untuk menerimapakai amalan ini ialah untuk mempercepatkan pemulangan perintah
yang telah dimeteraikan kepada peguam yang berkenaan sekurang-kurangnya
dalam jangka masa 2 atau 3 hari selepas difailkan.
3.4
SAMAN DALAM KAMAR
Semua
Saman Dalam Kamar yang difailkan hendaklah ditetapkan untuk pendengaran
dalam jangka masa 2 atau 3 hari selepas difailkan. Kes-kes yang perlu disampaikan
melalui pengiklanan (penyampaian ganti) tarikh sebutan hanya akan ditetapkan
selepas perintah untuk penyampaian ganti telah dibenarkan
3.5
PERMOHONAN SAMAN “EX-PARTE” DALAM KAMAR
Peguam
yang mempunyai apa-apa permohonan ex-parte hendaklah memfailkan permohonan
beliau pada bila-bila masa dan permohonan tersebut akan didengar oleh Penolong
Kanan Pendaftar dengan kadar yang segera dan sekiranya permohonan tersebut
adalah lengkap, Penolong Kanan Pendaftar akan meluluskannya. Salinan deraf
penghakiman dan salinan bersihnya akan diluluskan pada waktu itu juga jika
telah difailkan dan didapati lengkap.
3.6
INJUKSI, HABEAS CORPUS DAN WRIT PREROGATIF YANG LAIN
“Cause
List” mingguan
boleh didapati sekarang dalam laman web Mahkamah Tinggi dan firma-firma
guaman boleh memeriksa kes-kes dengan melayari laman itu. Sesalinan “cause
list” juga dipamerkan di papan kenyataan mahkamah. Jika perlukan penangguhan,
peguam dikehendaki untuk membuat permohonan awal terhadap mahkamah supaya
tarikh yang telah diberikan belum diperuntukkan untuk kes yang lain. Ini
adalah untuk memaksimakan pengurusan masa.
3.7
HARI-HARI TERTENTU UNTUK KES-KES YANG TERTENTU
Mahkamah
Tinggi
hari-hari
berikut diperuntukkan untuk menyelesaikan perkara tertentu :-
| (a) |
Isnin
dan Selasa
|
Dikhaskan
untuk perbicaraan
|
| (b) |
Rabu
|
Untuk
pendengaran semua Saman Dalam Kamar
|
| (c) |
Khamis
|
Semua
perkara berkaitan dengan penggulungan Syarikat, Usul Pemula, Rayuan/Jenayah
dan Sivil Revisi
|
| (d) |
Jumaat
|
Kes-kes
penceraian dan pengangkatan
|
| (e) |
Sabtu
|
Dikhaskan
untuk mana-mana perkara di atas
|
Mahkamah
Sesyen
|
Isnin
|
Kes
Jenayah dan lain-lain
|
|
Selasa
|
Sivil
|
|
Rabu
|
Perbicaraan
bagi kes Sivil atau Jenayah
|
|
Khamis
|
-sama-
|
|
Jumaat
|
-sama-
|
Mahkamah
Majistret A dan B
|
Hari
|
Mahkamah
A
|
Mahkamah
B
|
|
Isnin
|
Jenayah,
Trafik Polis dll
|
Kes
Sivil
|
|
Selasa
|
Trafik
JPJ, Saman Jabatan
|
Jenayah,
Trafik Polis dll
|
|
Rabu
|
Kes
Mahkamah Kanak-kanak
|
Trafik
JPJ dan saman Jabatan
|
|
Khamis
|
Kes
Sivil
|
Jenayah,
Trafik Polis dll
|
|
Jumaat
|
Jenayah,
Trafik Polis dll
|
Kes
Mahkamah Kanan-kanak
|
|
Sabtu
|
Seorang Majistret Ke Penjara Menyambung Reman dan Seorang Akan Berada Di Mahkamah Untuk Mendengar/Mengendalikan Kes-Kes Yang Didaftarkan pada hari berkenaan. | |
Sekiranya
perbicaraan tidak dapat diselesaikan dalam 2 hari yang pertama, perbicaraan
akan disambung pada hari-hari yang berikut selepas kes-kes lain yang telah
ditetapkan diselesaikan.Sebulan sekali Mahkamah Majistret akan membuat
persidangan di Mahkamah Beluran dan Kinabatangan yang mana masing-masing
jaraknya lebih kurang 76 km dan 86 km dari Bandar Sandakan. Majistret A
akan mengendalikan persidangan di Mahkamah Beluran manakala Majistret B
akan mengendalikan persidangan di Mahkamah Kinabatangan. Manakala Mahkamah
Sesyen hanya akan bersidang di kedua-dua tempat tersebut jika perlu.
3.8
KES-KES KEBANKRAPAN / PENGGULUNGAN SYARIKAT
Tidak
terdapat banyak kes-kes tersebut yang tertunggak yang menunggu untuk diselesaikan.
Semua kes tertunggak diberi tarikh pendengaran.
3.9
PERSIDANGAN PRA-PERBICARAAN
Yang
Arif telah mengarahkan bahawa kes-kes mahkamah yang telah ditetapkan untuk
perbicaraan akan dipanggil untuk persidangan pra-perbicaraan. Objektifnya
ialah untuk mengenalpasti isu-isu dan hanya isu-isu utama yang tidak boleh
diselesaikan ditetapkan untuk perbicaraan. Ini akan mempercepatkan perbicaraan
dan akan menjimatkan masa mahkamah dan kos dikurangkan.
3.10
SLIP “NOTA-PEMERIKSAAN”
Untuk mengelakkan berlakunya penangguhan dalam pengembalian dokumen, Mahkamah Sandakan telah menggunakan sistem slip “nota-pemeriksaan”. Melalui slip “nota-pemeriksaan” kerani yang berkenaan perlu menulis tarikh dan masa sesuatu dokumen itu diterima dan dimeterai sebelum dimajukan kepada pegawai yang bertanggungjawab. Slip nota-pemeriksaan” tersebut akan disertakan pada setiap dokumen dalam fail kes berkaitan. Melalui cara ini pegawai dapat memastikan sesuatu dokumen itu dimeterai dan dikembalikan kepada pihak guaman dalam tempoh yang munasabah.
Contoh
‘Nota-pemeriksaan’ adalah seperti berikut;
| Nature Of Document Encl. No. | xxxx | |
| Date Of Filling | DD.MM.YR | |
| Date Of Approval | ||
| Date Of Sealing | ||
| Date Of Return To advocates | ||
| Date Of Diary Entry | ||
| Date of Return To Advocates | ||
| Remark |
3.11
TEMPOH MENUNGGU BAGI PENYELESAIAN KES-KES
|
|
Jenis |
Jangka
masa bagi kes yang akan didengar
dari tarikh pendaftaran/pemfailan |
|
|
Rayuan Jenayah/Revisi | 1 bulan |
|
|
Petisyen Penceraian Bersama/Pengangkatan | 3 minggu |
|
|
Petisyen Pemiutang/Penggulungan Syarikat | 3 minggu |
|
|
Rayuan Sivil | 1 bulan |
|
|
Saman/Usul Pemula | 1 minggu |
|
|
Notis Rayuan Kepada Hakim Dalam Kamar | 3 minggu |
|
|
Perbicaraan Jenayah | 1 atau 2 bulan |
|
|
Perbicaraan Sivil | 6 bulan (sasaran) |
|
Kesemua kes di Mahkamah
Rendah juga diberi jangka masa yang lebih kurang sama dengan Mahkamah Tinggi
bergantung kepada jenis kes.Sebagai contoh :--
|
||
|
|
bagi kes saman sivil (sebutan) | 1 bulan |
|
|
bagi
kes jenayah (pengakuan)
|
diselesaikan
pada hari yang sama kecuali OKT memohon untuk bicara
|
3.12
PENDENGARAN KES-KES
Yang Arif telah mengarahkan
bahawa keutamaan harus diberikan mengikut bentuk kes seperti berikut :-
MAHKAMAH TINGGI
a.
Kes-kes Jenayah
b.
Rayuan Jenayah, khususnya jika tertuduh adalah di bawah tahanan
c.
Kes-kes Remedi Prerogatif, Injuksi, Habeas Corpus dan Permohonan-permohonan
yang bersamaan
dengannya
d.
Rayuan Sivile.Kes-kes Sivil termasuk Penceraian, kebankrapan dan sebagainya
MAHKAMAH RENDAH
a.
Kes-kes Jenayah yang melibatkan kakitangan kerajaan
b.
OKT dalam remanc.Kes-kes sivil dan Jenayah yang lain dan sebagainya
3.13
PENGKOMPUTERAN BUKU KAUSA
Semua kes yang didaftarkan
dalam buku kausa juga telah dimasukkan dalam komputer untuk rujukan segera
dan senarai induk yang dikemaskini setiap bulan boleh didapati di laman
web mahkamah.
| 4. LANGKAH-LANGKAH YANG TELAH DIAMBIL UNTUK MENINGKATKAN KECEKAPAN |
4.1
PENGGUNAAN KOMPUTER SEMASA PERBICARAAN
Mahkamah
Tinggi Sandakan sekarang sedang menggunakan komputer untuk merekod nota
prosiding semasa perbicaraan sivil. Ini telah dibuktikan sangat efisien
kerana prosiding, adalah ditaip dan terus muncul di skrin Hakim, saksi
dan peguam. Jika terdapat apa-apa kesilapan dalam perkataan atau ayat,
peguam-peguam akan dapat menunjukkan kesilapan tersebut dan terus dipinda.
Pada penghujung setiap sesi, jika diperlukan, nota-nota tersebut akan dicetak
dan diberi kepada peguam-peguam. Dengan ini, peguam-peguam akan mendapat
nota prosiding pada hari yang sama dan tidak perlu menunggu sehingga keesokan
hari atau setelah perbicaraan habis demi mendapatkan ada prosiding. Ini
juga menjimatkan masa dalam “proof reading”.
Buat
masa ini hanya bilik perbicaraan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Sesyen sudah
mengguna pakai sistem komputer ini. Majistret boleh menggunakan sistem
ini di Mahkamah Sesyen apabila Mahkamah Sesyen tidak bersidang.
4.2
MESYUARAT
Mesyuarat
dengan pegawai dan kakitangan akan diadakan apabila diperlukan atau ada
apa-apa isu penting yang perlu dibincangkan.
4.3
KOTAK PENGEMBALIAN DOKUMEN
Terdapat
sebuah kotak pengembalian dokumen berupa cabinet yang diletakkan di luar
pejabat pendaftaran. Semua pengembalian dokumen kepada firma-firma guaman
di Sandakan adalah dihantar melalui kotak pengembalian dokumen. Dengan
cara ini, pengembalian dokumen adalah cepat, mengurangkan kos dan penggunaan
tenaga kerja dapat dikurangkan wakil-wakil dari setiap firma guaman hanya
perlu mengambil dokumen-dokumen daripada kotak pengembalian dokumen. Setakat
ini, sistem ini telah berjalan dengan agak lancar. Bagi firma-firma guaman
di bandar lain, pengembalian dokumen adalah melalui kourier servis.
4.4
REKOD PERGERAKAN FAIL
Untuk
mengurangkan kesilapan salah letak fail-fail, satu sistem untuk mengesan
fail dengan mudah telah direka. Ia melibatkan sekeping kad induk yang akan
disimpan oleh seorang kerani yang bertanggungjawab terhadap fail tersebut.
Sesiapa yang mengambil fail di bawah jagaan kerani mestilah menandatanganinya
semasa mengambil keluar fail dan semasa mengembalikannya kepada kerani.
Kerani akan mengakuterima dengan menandatangani kad induk. Seseorang yang
terakhir menandatangani, dianggap fail tersebut ada dalam simpanannya.
| 5. KESELAMATAN MAHKAMAH |
Mahkamah
dikawal dua orang pengawal yang bekerja 12 jam mengikut giliran. Pengawal-pengawal
adalah digaji oleh sebuah syarikat sekuriti swasta iaitu SRT-EON Securities
Sdn. Bhd. yang telah mendapat kontrak dengan jabatan ini untuk membekalkan
sekuriti pada kos RM3,500 sebulan (termasuk Mahkamah Rendah). Setakat ini
tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Seorang pengawal juga ditempatkan
di bangunan mahkamah lama.
| 6. HALAMAN MAHKAMAH |
Pada
masa sekarang, kebersihan bahagian luaran / halaman mahkamah dikendalikan
oleh kontraktor yang dilantik oleh kontraktor yang membina bangunan bagi
tempoh 6 bulan dari tarikh serahan bangunan (17 hb April 2003 hingga Oktober
2003). Dalam masa yang sama mahkamah dalam proses mengambil sebuah syarikat
pembersihan swasta untuk membuat kerja-kerja membersih di luar dan di dalam
bangunan mahkamah sebaik sahaja pembersih dari kontraktor berhenti pada
bulan Oktober tahun ini.
|
KESIMPULAN
|
Pada
dasarnya suasana persekitaran tempat kerja di Mahkamah Sandakan adalah
selesa dan memuaskan selepas menduduki bangunan baru pada 30 Jun 2003.
Dari
segi kakitangan, Mahkamah Sandakan mempunyai tenaga kerja sokongan yang
mencukupi untuk membantu melicinkan usaha-usaha untuk menyelesaikan semua
jenis kes yang didaftarkan di mahkamah. Usaha berterusan sentiasa dilakukan
untuk memastikan segala kes-kes dapat diselesaikan dengan secepat yang
mungkin tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan samada dari segi perundangan
mahupun pentadbiran.
Dari
segi permasalahan tiada masalah serius yang dihadapi kecuali buat masa
ini pihak Kehakiman Sandakan masih lagi tidak mempunyai tenaga kerja yang
benar-benar mahir untuk mengendalikan sistem komputer pada tahap yang canggih.
Dalam masa yang sama mahkamah masih kekurangan set / unit komputer untuk
dipasang di semua bilik perbicaraan (bilik perbicaraan mahkamah majistret
belum dibekalkan). Set komputer yang diguna pakai sekarang ini dibekalkan
oleh pihak guaman.
Sehubungan
dengan itu adalah disarankan agar kakitangan yang mengendalikan sistem
komputer ini diberi latihan yang khusus dalam bidang yang berkenaan. Begitu
juga dari aspek kos penyediaan set-set komputer yang mana adalah diharapkan
pihak jabatan dapat memperuntukkan kos bagi membekalkan peralatan tersebut.
Pihak
Kehakiman Sandakan masih dalam proses untuk melengkapkan keperluan kelengkapan
pejabat. Walau bagaimanapun, segala keperluan asas yang diperlukan oleh
jabatan bagi kegunaan kakitangan telah pun dibekalkan. Manakala dari segi
penjagaan kebersihan buat masa ini hanya terdapat dua orang kakitangan
yang menjalankan kerja-kerja tersebut, walau bagaimanapun kerja-kerja pembersihan
ini dalam proses penswastaan yang mana urusan pengswastaan tersebut dikendalikan
oleh ibu pejabat mahkamah di Kota Kinabalu.