SEJARAH MAHKAMAH TAWAU
 

 
Mahkamah Tawau mula ditubuhkan pada tahun 1955 bertempat di bangunan lama yang terletak berhampiran dengan pejabat Jabatan Tanah Dan Ukur sekarang ini.  Ianya mempunyai 3 orang kakitangan dan Pegawai Daerah serta Penolong Pegawai Daerah diwartakan sebagai majistret.  Pada tahun 1971 barulah Majistret Kelas Satu ditempatkan di mahkamah tersebut. 

Mahkamah telah mula ditubuhkan pada tahun 1955 bertempat di bangunan lama yang terletak berhampiran dengan pejabat Jabatan Tanah Dan Ukur sekarang ini.  Ianya mempunyai 3 orang kakitangan dan Pegawai Daerah serta Penolong Pegawai Daerah yang diwartakan sebagai majistret.  Pada tahun 1971 seorang Majistret Kelas Pertama telah mula ditempatkan di mahkamah. 

Pada tahun 1981 mahkamah berpindah ke bangunan baru iaitu yang digunakan sekarang.  Bangunan ini telah dirasmikan pada 06 Jun, 1981 oleh Tuan Yang Terutama, Tun Datuk Haji Mohamad Adnan Robert, Yang DiPertua Negeri Sabah.  Hanya Majistret Kelas Pertama sahaja ditempatkan di sini pada masa tersebut. 

Seorang Hakim Mahkamah Tinggi dan seorang Hakim Mahkamah Sesyen yang tetap telah mula ditempatkan di mahkamah mulai tahun 1989. 

Bangunan mahkamah telah diubahsuai dan siap pada Disember 1995.  Terdapat 6 pegawai dan  34 kakitangan termasuk sambilan dan kontrak. 

Mahkamah Lahad Datu dan Semporna adalah di bawah bidangkuasa Mahkamah Tawau.  Persidangan litar dibuat  mengikut jadual yang ditetapkan.