|
Selamat datang ke laman web rasmi
Hospital Queen Elizabeth. Laman web ini bertujuan untuk memberi
maklumat am mengenai hospital ini supaya masyarakat
umum lebih mengenali fungsi dan kemudahan yang terdapat di
hospital ini. Ini adalah untuk memudahkan lawatan para pesakit
di masa hadapan.
Hospital Queen Elizabeth
merupakan hospital yang terbesar di negeri Sabah dengan
keupayaan pemberian rawatan pakar-pakar di pelbagai disiplin. Ia
merupakan hospital rujukan bagi seluruh hospital di negeri Sabah
dan Hospital Lawas di negeri Sarawak .
Hospital ini dirasmikan pada
14hb
September 1957. Ia mempunyai keluasan 42 ekar dan terletak
kira-kira 1 km dari pusat Bandaraya Kota Kinabalu di Jalan
Penampang. Bilangan katil rasmi pada hospital ini adalah 589
tetapi ia dapat menampung keupayaan sehingga 745 buah katil.
Ia diketuai oleh seorang Pengarah
Hospital dan mempunyai kira-kira 1,800 orang anggota dari
berbagai kategori termasuklah doktor pakar sehinggalah kepada
atendan kesihatan.
Secara amnya
perkhidmatan-perkhidmatan untuk pesakit yang terdapat di Hospital Queen Elizabeth
bolehlah dibahagikan kepada 3 jenis, iaitu
Selain daripada itu ,
perkhidmatan berpusatkan pesakit telah diwujudkan untuk
meningkatkan lagi kualiti rawatan serta keselesaan pesakit di
hospital ini. Ini termasuklah
-
Pusat Bersalin Alternatif (Alternative
Birth Center)
-
Unit Endoskopi
-
Unit Penjagaan Paliatif
-
Unit Penjagaan Harian
Kemoterapi
-
Klinik Payudara
-
One-stop crisis center (24 jam)
-
Unit Hemodialisis
-
Unit
Kardiologi
Perkhidmatan Kepakaran klinikal
yang sedia-ada di HQE pada masa ini adalah dalam bidang
Perubatan Am, Pembedahan Am, Obstetrik dan Ginekologi,
Pembedahan Kanak-kanak, Otopedik, Telinga, hidung dan tekak(ENT),
Anaesthesiologi (Bius), Dermatologi, Urologi, Pembedahan plastik,
Oftalmologi (mata), Oral Surgeri (mulut), Nephrologi dan Kardiologi.
Perkhidmatan lawatan kepakaran termasuklah dalam
Neurosurgeri, Neurologi dan Hematologi.
Perkhidmatan sokongan klinikal
yang diberikan oleh HQE adalah dalam bidang Pathologi, Radiologi
(Pengimejan diagnostik) dan Farmasi. Perkhidmatan sokongan yang
lain termasuklah Unit Kebajikan, Unit Jurupulih Cara Kerja,
Perkhidmatan Sucihama(CSSD), Unit Jurupulih Anggota, Unit Dapur,
Unit Kejururawatan, Unit Pentadbiran Am, Unit Rekod Perubatan,
Unit Perpustakaan, Unit Kualiti, Unit Kejuruteraan, Unit Pendidikan
Pesakit dan Unit Perkhidmatan
Ambulan.
|